Selasa, 9 Februari 2010

Dania..


Dah lama gak aku tak citer pasal Dania kat sini. Si bongsu [buat masa nie hehehe] yang mencecah hampir setahun setengah semakin kecil. Kurang betul nak menyusu botol, lebih suka susu gantung..heh heh heh. Tak lama lagi nak benti dah ..eishh bukan nak dpt adik lah..sebab tahun nie dia bakal mencecah 2 tahun..takkan nak gantung lagi kan? hhehehe


Semasa lahir paling berat dibandingkan dengan kakak2 dia dulu, 3.56kg. Berat sekarang hanya 9.5kg. Sepatutnya dah lebih dari 10kg. Memula aku sangatlah risau tapi aku rasa ianya tak sepatutnya aku risaukan sangat. Tengok cara dia makan..peghh...takut weih..apa orang len makan dia pun sama nak makan. Yer kengkawan..Dania sangat la tak susah untuk diberi makan. Saiz badan jer tak nak membesar macam kakak2 dia dulu.

Yang penting sekarang nie Dania tak banyak ragam dan syukur Alhamdulillah jarang jugak Dania demam tak seperti kakak2 dia dulu seusia dia hampir setiap bulan pasti demam.

Dah pandai sebut beberapa perkataan..amat2 suka memanggil aku..'mak' berulang2 kali. Bila aku menyahut dia memandang seolah2 ingin menyatakan tapi dia memandang aku sambil tersenyum dan memeluk aku. ahhh..sungguh bahagia masa tu aku tau..[tetiba lak nak emo].

Sekarang aku sedang mengajar dia menyebut beberapa anggota badan..walaupun sebutan kurang jelas tapi sekurang2 nya dia berminat. Anak2 patut diajar berkomunikasi..tak cakap pun takper belaian sebagai tanda kasih sayang pun boleh gak. Untung kalian wahai surirumah..dapat memberi sepenuh perhatian terhadap anak2 kalian.

hah..nak bagi tau yer gigi Dania lambat gak tumbuh..baru jer nak jadi 8 batang..4 atas n 4 bawah[br nmpk 2btg kecik]. Walaupun begitu aku tetap gak bagi dia makan nasi berserta lauk ayam atau ikan. Takper lah tu semua untuk menguatkan gusi dia gak. Lagipun Dania nie kan kurang minum susu botol, sebab tu kot dia kuat makan nasi dan lauk.

Korang lak camner? Risau sebab anak2 susah nak diberi makan? Jangan begitu..sifat anak2 memang begitu..banyak cara bagi dia minat makan..mungkin gak sebab kita kerap memberi susu sebab tu anak kita susah nak makan makanan pejal. Sesekali tukar ramuan nasi..letak sayur bayam pun sedap gak..tak salah kalo mencuba dan takper kali dia tak mo kali pertama. trial n error kata omputeh. Tak cuba kita tak tau tul dak?
oklah selamat mencuba memberi anak makan yer..aku nak kena wat keja nieh.
p/s: schedule post takut tak sempat nak buat sbb hari nie sgt2 sibuk..huhuhu

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails