Isnin, 10 Mei 2010

On Mother's Day

Dari hari Sabtu lagi kakak dah tanya aku, "Mak, hari nie hari ibu?".  Ikut kapla otak aku yang mereng nie ndak jer jawab "hari2 pun hari ibu, kakak".  Tapi sebab mood aku baik..[konon2 baik r tu].  Aku jawab "bukan hari nie, esok(Ahad)".  "hah..tulah uwan tu tak caya cakap kakak", kata kakak lagi.  "Tah bilo maso den tak cayo kek kau", celah uwan dia.  Aku gelak dah masa nie.  "Kenapa kakak tanya lak?"tanya aku kat kakak.  "Cikgu cakap dengan kakak, hari Ahad hari ibu."   "ooohh.." kata aku pendek.

Hari Ahad, tak pegi kemana2 langsung.  Dok umah jer.  Takde apa2 sambutan.  Aku celik mata jer terus kemas bilik tido yang dah tertangguh2.  Aku pun tak delah ingat nak sambut ke apa ker.  Tau2 ada lak orang anta sms pasal hari ibu nie.

"selamat hari ibu, semoga sejahtera dan sihat selalu."  Aku dok pikir..no. handphone saperlah nie.  Macam aku kenal jer.  Aku pun jawab 'tq, saper nie?".  Tak lama lepas tu " maksu, pantai dalam".  Alamak, mak sedara aku daaa..camner lah aku leh lupa nak ingat no handphone maksu aku nie.  Aku pun jawablah "ampun m.su[maksu], no hp m.su dalam handphone lama, tak save lagi dalam handphone yang nei".  Tak lama tu terus mak su call,"ko wat pe tu?"
aku:  takde apa maksu, dok mengemas jer dari tadi
maksu: ko sihat?  [eisshh..malunya aku maksu yang dok tanya khabar aku, patutnya aku yang tanya dia].  aku jawab gak,"sihat, Alhamdulillah".  "maksu sihat?".
maksu: maksu sihat jer.  cik abang ko tak bawak ko celebrate ke.
Aku selamba jer jawab kuat2 depan hubby, "nak bawak ke mana maksu, nak gi kenduri pun payah"..kakakakak..aku dengan maksu gelak.
Maksu:  Oklah, da, maksu nak gi Pasar Tani, ko jaga diri yer, selamat hari ibu.
aku:  hah..makasih m.su, selamat hari ibu untuk m.su gak, jaga diri gak yer.
Maksu:  ok, Assalammualaikum
aku: wala'alaikumsalam

Masa nie aku dah siap masak bihun goreng yang langsung takde letak sayur, letak ayam semata2.  Tak dan hubby nak makan, dah abih lak.  Konon2 nak tunjuk baik ar kan, nak masak lagi sekali.  Hubby kata tak yah.  fuhh..lega ko..kot tak, kena gak aku masak bihun goreng yang lagi kosong.

Tapi apa yang pasti..peggghh..hujung minggu yang sejuk, redup dan memang mata aku lalok jer carik bantal..hehehehe. 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails