Rabu, 29 Jun 2005

Apa citer hari nie?

Dulu masa kecik2 dulu aku selalu tertanya2 bila la agaknya aku nak besar. Boleh aku dok join dgn makcik2 aku berborak tak kirala citer apa pun. Bila dah besar rasa malas jerk nak join dorang berborak. Mana taknya citer pasal org tulah org nielah. Macam2 citer yang kuar. Citer pasal politikla, artis tulah artis nilah, citer pasal sedara nie nak bercerai lah, citer pasal sedara nie main kayu tigalah. Huish..bermacam citer sampaikan aku naik pening nak dengar. Rasa macam nak bagi tau kat diorang buat apa nak citer pasal org kita sendiri pun lum tentu nasib camner. Tapi dek kerana dorang nie lebih tua, diam jerlah. Dok aha..iyer..iyer ker? naper camtu lak jadiknya? takpun laa..tula tu (padahal tak dengar langsung apa yg dorang cakap).

Tak koser aku nak dengar citer2 dorang. baik aku gi lepak dgn sepupu sepapat aku tu lagi best. dok citer pasal awek la, balak la peh tu gelak2 la mengimbas citer masa kecik2 dulu. Peh tu siap buat idea kumpul sorang sepuluh hinggit gi beli ayam ker, nugget ker tak pun ikan ker utk buat bbq mlm kang. Fuuhh..masa tulah ko usik aku, aku usik ko..peh tu gelak mcm org giler. (ni yg rasa nak ajak dorang berkumpul jer nie).Seronoknya..Bila nak buat lagi agaknya..memasing sibuk jerk dgn hal memasing. Takperlah, lepaih nie nak call diorang nak tanya bila nak berkumpul lagi.

Sepupu sepapat aku pun muda2 lagi sumer masih di awal 20 an, aku jerk dah 30 an (eh..eh.. 30 an dah aku rupanya aku, takper sebaya dgn erra fazira tuuu). Yang bestnya kitorang memang ngam. Kalau dah berkumpul tu rasa meriahla sesangat. Selalu kalau mlm raya paling best sbb kitorang berkumpul kat umah atuk n wan (sebelah bapak) main mercunla, tak pun dok lepak kat tangga sambil berborak sampai kul 2-3pagi. Mengimbas citer masa kecik2, memandangkan aku yg paling tua, akulah start citer perangai memasing masa kecik camner sbb diorang ni mana hingat. Diorang pun seronok dgr aku berciter.

Hhmm..alahai..bila la nak berkumpul dgn dorang nie. Rindula pulak. aku nak call sumer sepupu sepapat akula, takpun nak anta sms. Sajer nak kacau diorang. hehehehe..

Selasa, 28 Jun 2005

Hmm..alahai..boringnya..

Hari nie bos suruh aku buat order cepat2 sbb customer nak barang2 yg diordernya sampai pada 4hb. Dok chase aku mcm org gila tapi bila dah siap dia lak yg hilang. Ntah kul baper nak balik ofis la agaknya. Aku bukan apa, sok nanti bila barang tak sampai on time aku gak yg dok dipersalahkan. Sabar jerlah.

Tadi masa lunch lalu kat kedai 'hardware' tu, nampak tauke yang dok sound aku hari tulah. Saper sangka dia dok tersenyum kat aku siap angkat tangan lagi. Macamla dia kenal aku bertahun padahal aku beli barang kat dia tak sampai pun RM5. Agaknya dia ingatla tu..hah nila dia pompuan Melayu yg tak pandai ckp melayu. Hish..tak baik aku nie..ingat yg bebukan. Ntah2 dia ingat kat aku sebab benda sempoi mcm tu pun tak pandai nak sebut takpun satu2nya org Melayu yg dia jumpa tak reti nak sebut tapis. kahkahakahkahkah...padan muka aku. Sampai tauke tu pun dah kenal sebab tak reti nak sebut satu perkataan melayu yg simple "TAPIS". heheeheheh..bila ingat balik klako gak..apsalla benda sempoi camtu aku tak reti nak sebut? Nak kata selalu cakap omputeh takde gak. Ah..lantaklah..lepaih ni aku make sure aku akan hingat nak sebut apa benda alah tu.

Huaaaargh...boringnya..tak tau nak wat per nie. Nak citer pun dah kering idea. Ada org nak share citer dgn aku tak? Aku tgh boring sakan nie.

Isnin, 27 Jun 2005

Nak bergambar punya pasal..

Semalam ingatkan kot sempatla nak gi main bowling dgn hubby. Ntah camner ntah dek kerana nak tunggu giliran amek gambar baby Julia lama sangat (muka hubby pun dah masam giler dah). So, tak dapatla nak gi main bowling. Maybe next week ker..or lain hari ker. (Kaseh, soklan dah terjawab kat sini)

Nak wat camnerkan.. baby Julia punya pasal segala aktiviti semalam jadi caca marba. Tuh baru anak sorang tuh..kalau sepuluh ntah camner la agaknya. (Frust gak tapi seronok sbb tak lama lagi leh ar letak gambar julia kat dlm nie.) hehehehe..

Blog aku dah ada gambo dah.. Terima kasih ler bebanyak kepada cik Izzy kita yg menolong menokok nambah apa2 yg patut kat dlm nie. Jasamu ku kenang ke akhir hayat...cereh.. (Pssst.. Izzy, ada org tiru tak nanti?)

Aku nak share satu insiden yg berlaku pada aku hari Jumaat hari tu. Aku masuk kat satu kedai 'hardware' nie. Memang aku nak beli satu barang nie. Tuan kedainya Cina. Nak kata apek, dia muda lagi. Anyway, dia dok tanya aku "mau beli apa" (slang Cina). Aku pun jawab "nak beli..ala apa tu..mcm ini barang (sambil jari dok tunjuk), filter ke..?". Aala tu yg kita letak kat sinki tu", kata aku lagi. "Ooo...tapis tu, haiya..org melayu tak tau cakap melayu ka?" selamba jerk apek tu pun sound aku. (pedih telinga aku dengar).. Sib baik dia bagi aku diskaun, kalau tak memang aku lompang apek tu. Malu sebenarnya. Apa alasan aku? Aku ingat barang tu tapi aku dah terlupa nak cakap jer. Biasalah.. nak cover malu ler tu.

Jumaat, 24 Jun 2005

Yeaay..

Petang semalam masa aku dok ralit dengar radio, terdengar berita bayi yang diculik tu dah pun dijumpai. Syukur Alhamdulillah..doaku termakbul. Mak baby tu pastinya dah boleh makan dah. Aku tunggu berita waktu malam sebab nak tengok berita penuhnya. Comelnya babay boy tu. Aku tengok muka mak baby boy tu dah ceria skit masa reporters interview dia. Masa reporters tanya tu dia lum jumpa baby dia. Yang menculik tu jururawat kat hospital tu. Jururawat tu umurnya 25thn, dah berkahwin 2 thn. Patutla sesenang jer dia culik baby tu. Anyway, pada bakal2 ibu jgnlah pulak kerana benda nie berlaku ambik keputusan drastik nak bersalin kat umah. Kes yang berlaku nie adalah peringatan kepada pihak hospital agar lebih berhati2 di masa2 akan datang. So, bakal2 ibu tak perlu risau sesangat yer. Jaga kesihatan dan pemakanan tau. Toksah nak risau yang bebukan tu.

Anyway, hujung minggu nie aku dah agenda sendiri. Ada kenduri cukur jambul yang harus aku hadiri dan aku nak gi jenjalan kat shopping kompleks. Ala, window shopping jer..(Boleh caya ker?) Takde nak shopping2 mcm masa bujang dulu. Dulu masa bujang sekali sekala jer masuk sebab nak beli hadiah utk kengkawan yang baru bersalin. Sekarang nie tiap kali masuk shopping kompleks sure gi kat bahagian baby. Baby gal memang banyak tul pilihan bajunya dibandingkan dgn baby boy (Ko jgn jeles yer Azima, hehehee).


Peh tu leh ar gi main bowling lak. Nak challenge dengan hubby, sure hubby nak sebab ari tu dia kalah dgn aku. hahahaah..
Selamat Berhujung Minggu!

Khamis, 23 Jun 2005

hipokrit tu apa?

Hari nie aku takde mood. Betul2 takde mood untuk bercerita. Hari yang mendung menceritakan perasaan aku sekarang.

Aku betul2 terasa hati bila dikata hipokrit. Hati aku betul2 terasa bila dikata begitu. Kenyataan memang pahit utk ku telan. Aku akui aku seorang hipokrit. Tapi aku sendiri tak tau apa maksud hipokrit. Bila dan bagaimana seseorang itu boleh dikata hipokrit?

Ada sesiapa yang boleh tolong aku perjelaskan lebih mendalam apa maksud hipokrit?

Rabu, 22 Jun 2005

Satu topik pagi di Radio

Setiap kali aku n hubby nak gi kerja, hubby mesti nak dengar radio. Tapi yang peliknya hubby selalu tak heran pun nak kuatkan suara radio. Tapi hari nie tetiba jer hubby kuatkan suara radio, ooo..ada topik pagi yang menarik perhatian dia rupanya. Pasal tinggal serumah dengan mertua. Ahh..taknak ah mention siaran radio apa. Kalau yang tau tu taulah..yang tak tau tu, buat tak tau jer. Aku taknak bagi iklan percuma siaran radio tu.

Berbalik pada topik kat radio tuh. Tinggal dengan mertua. Aku salah seorang yang dok sama dengan mertua. Dah nak masuk tahun ke 2 dah. Tak dinafikan ada yang bercerai berai kerana tak tahan dengan kerenah mertua. Aku lak camner? Seronok ker dok dgn mertua nie? Yang seronoknya aku tak perlu risau apa yang berlaku pada baby Julia. Sebab Julia bukannya dihantar ke rumah pengasuh dan dia juga selalu mendapat perhatian dari kedua2 mertua aku tu. Sebenarnya mertua aku mempunyai 4 org cucu, tapi diorang jarang jumpa 3 cucu lain. Sebab tulah diorang nie macam baru dapat cucu pertama. Maklumla kakak ipar aku jarang2 dapat balik untuk berjumpa mertua aku nie.

Sebelum berkahwin lagi aku dah tau yang aku kena dok dengan mertua. Bila aku citer dgn kengkawan, kebanyakan mereka menasihati aku supaya tinggal di rumah sendiri atau dok menyewa shj kalau takde rumah sendiri. Bila aku dah dok serumah mertua, barulah aku faham. Tapi mertua aku baik sangat.  Aku jer yang rasa rimas. Alaa..lagipun, rasa rimas ni bukan selalu tapi kadang2 jer sebab kadangkala aku rasa mcm kurang privacy dan kebebasan.
Sikap yang paling utama bila berhadapan hal nie ialah SABAR, BERTOLAK-ANSUR dan tak lupa juga bersikap lebih terbuka untuk menangani hal2 yang remeh temeh.

Walau apapun, aku bersyukur kerana mertua aku tak banyak kerenah dan sering memberi kami ruang dan peluang kepada kami dlm membuat keputusan dlm semua hal.

Anyway, kalau ada sesapa yang sudi nak berkongsi bagi tip/panduan pasal nie aku alu2kan. Boleh gak aku jadikan panduan di masa depan.

Selasa, 21 Jun 2005

Kehilangan..

Yahoooo... Hari ini bos aku gi meeting kat JB. Merdeka! Tapi yang tak siok tuh, sblm dia pegi tu mcm2 yang dia dok pesan kat aku. Follow up itulah inilah. Bosan tul. Takperlah, aku ingat sebelum dia sampai JB aku dah settle semua yang dia suruh buat. Boleh ar aku ngulor. hhehehehe

Malam tadi masa tengah makan malam dengan hubby, sambil tu tengok berita kat TV. Yang buat aku betul2 tergamam kisah seorang ibu yang baru bersalin 6 jam kehilangan anaknya. Astaghafirullah.. Tak dapat aku bayangkan betapa sedihnya ibu tersebut. Walaupun ibu tersebut mempunyai anak2 lain tapi anak tetap anak. Kalaula aku ditempat dah lama aku jadi gila. Betapa sukarnya nak terima hakikat anak yang hilang tu bukan kerana ajal menjemput tapi telah diambil dek orang.

Semoga ibu yang masih di dalam pantang tuh tabah menghadapi dugaan yang begitu hebat ini. Aku doakan agar bayi lelakinya ditemui semula. Amin..ya rabbal alamin...

Isnin, 20 Jun 2005

Hujung Minggu yg best...

Sabtu (18/06/05) - Kami (aku n hubby n baby Julia) ke Puchong melawat uwan (sebelah hubby) berumur 84thn yang semakin hari semakin lemah. Beberapa hari sebelum nie kami terima panggilan dari Mak Tam (adik mak mertua) yang uwan langsung taknak menjamah apa2 makanan pun. Uwan nampak gembira bila kami sampai petang tuh. Dia walaupun terbaring di atas katil masih mampu tersenyum melihat kami dan dia paling seronok melihat ramai yang menziarah dia. Petang tu jugak kami terus ke rumah mak bapak aku, hati aku dah berlagu riang. Belum sampai pintu rumah Alang dah tepon aku dah tanya kat mana. Terkezut dia tengok aku dah terpacak kat pintu rumah dah. Terus diorang capai Julia..ooo..diorang nie bukan rindu kat aku rupanya. Rindu kat Julia..sabar jerlah..Tak sempat aku nak salam mak n bapak, Julia diorang dah disambar dek bapak. Sempat lagi tengok konsert Akademi Fantasia 3. Yang best tuh, Fuad dah kuar. Aku dah agak dah, lagipun aku pun bukannya minat dengan Fuad nie. Mana taknya, overacting sangat. Anyway, aku dapat tau si Aidil tu MC masa dia kat Akademi Fantasia tuh. Dia baru jer join MAS(Malaysian Airline System). Kalau tak silap, dia kena bayar sejumlah wang kat MAS sebab dia masih ada kontrak dengan MAS masa dia kat Akademi Fantasia.

Ahad (19/06/05) - Pagi lagi mak dah masak dah. Fuh..lega aku tak yah masak. Pemalas betul aku nie. Dok rilek2 tu, Bang Cik (adik no.5 n bongsu) mintak tolong buat bihun goreng, nak gi berkelah katanya. Sabar jerlah. Ingatkan nak rileks abis2an. Lepaih tengok Melodi kami berkaraoke (jangan tak caya bapak pandai nyanyi lagu Sampai Hati oleh kumpulan Spring) peh tu didatangi tetamu dari Felda Palong (adik bapak no.2). Alang ajak Anep (adik sepupu) gi beli bihun sup (aku la yang rasa dulu sup tu, cik Azima oi..). Berpeluh2 kami makan bihun sup tu. Fuh sedapnya..(jgn jeles yer Azima). Ingat kot nak gi tengok Atuk n Uwan aku tapi dah tak sempat sebab hubby cakap nak gi beli barang skit. Alaa..sian atuk n uwan mesti tertunggu2 cucu dia datang agaknya. Next weekla kami pegi.

Aktivi hujung minggu yang meletihkan tapi menyeronokkan aku. Harapnya hujung minggu nie juga akan menyeronokkan aku. Insya Allah.

Jumaat, 17 Jun 2005

SURAT

Surat dariku untukmu yang disayangi selalu...

Sebelum aku meneruskan butir bicara yang panjang berjela, ampun dan maaf aku pohon darimu. Tujuan surat ini ditulis bukan untuk menyakiti hatimu. Tiada apa yang aku pinta cuma fahamilah apa yang aku cuba sampaikan..
Tujuan sebenar surat ini ditulis adalah untuk lebih memahami hati dan perasaanmu, sahabatku. Aku tahu betapa kau dambakan kasih sayang darinya. Aku juga amat memahami perasaanmu ketika ini. Tapi kenapa mesti pengakhiran sebegitu yang kau buat? Kenapa kau begitu berdendam terhadap dia? Adakah kau sudah benar2 mendalami hati dan perasaan dia? Mengapa kau tidak mahu bertanya atau berterus-terang sahaja apa yang kau rasa selama ini? Kenapa kau biarkan pandangan itu mengabui matamu. Adakah jawapan yang kau perolehi itu adalah jawapan yang pasti atau itulah jawapan kau sendiri cipta?

Sekali lagi jika surat ini membuatkan kau marah atau membenci aku sehingga boleh merosakkan hubungan mesra kita, maafkanla aku. Jika kerana inilah takdirya, aku pasrah.

Kau tentu ingat akan nasihatku jika perkara buruk yang kita lakukan, balasannya mungkin tidak berlaku pada diri kita tapi mungkin ke atas anak2 atau cucu cicit kita. Fikirkanlah dengan sedalamnya berapa lama hayat yang kita ada untuk menebus dosa lampau. Fikirkan juga hayat dia yang juga belum tentu panjangnya. Setiap perkara yang berlaku ke atas diri kita ada sebab dan hikmah dariNya, ayat itu juga pernah ku dengar dari mulutmu sendiri. Aku pegang jadi azimat dalam hidup ini. Kata2 nasihat dan sokongan darimu amat aku hargai sehinggakan aku rasa aku tiada sahabat lain yang sebaik dirimu. Malah aku amat menghargai kehadiran kau sebagai sahabat yang sentiasa di sisiku

Terlalu banyak persoalan yang ingin ku ajukan padamu tapi lidah ini kelu kerana sudah pastinya kau akan memarahi aku. Aku tahu betapa kerasnya hatimu itu.

Hmmm...kenapa terlalu berat rasanya untuk aku menulis surat ini? Aku rasa seolah2 aku sedang menghunus pedang yang terlalu tajam sehingga menusuk ke tulang hitammu. Semoga hatimu akan terbuka untuk menerima dia. Masih belum terlambat untuk kau melakukannya. Janganlah kau merasa jijik tapi bersyukurlah kerana perlakuan dialah kau menemui cinta yang tak pernah kering dan kerana dialah kau kini menjadi insan yang lebih baik. Berterima kasih padanya bukan kerana budi yang telah dicurah tapi cukup sekadar mengenang disebabkan dirinya yang tak pernah wujud dalam hidupmu telah menjadikan kau lebih matang kini.
Aku tahu malah memahami ianya sukar tapi kerana kesukaran itulah yang menjadikan kita seorang pemenang untuk setiap acara hidup. Jika kalah sekalipun kita tetap seorang pemenang kerana jika kita sentiasa sabar, tenang dan matang dalam membuat keputusan hidup yang sukar. Aku akur dengan keputusanmu kerana amat memahami hati dan perasaanmu ketika ini. Aku tahu kau pastinya mempersoalkan mengapa surat ini harus ku tulis jika sekiranya aku sendiri maklum malah memahami dirimu. Entahlah..aku sebenarnya ingin kau lebih memahami dengan jelas maksudku dan pendapatku melalui surat ini.

Tolonglah, berjanji padaku bahawa kita tetap sahabat sehingga akhir hayat. Ampunilah aku jika surat ini membuat kau membenci aku terus.

Sesungguhnya aku sedar betapa aku juga punya kelemahan dan kekurangan yang banyak.
Entahlah..aku rasa amat payah sekarang. Surat sudah ditulis tapi kenapa..kenapa aku biarkan ia berlalu? Di kala inilah terlalu banyak persoalan yang aku fikirkan.

Keputusan telah aku buat. Surat ini akan terus tersimpan di sini.

Buat sahabatku tersayang, semoga kau terus mengecap nikmat kebahagian yang berkekalan. Itu doaku.

Ateh

Semalam aku berborak dengan Ateh (adik aku no. 4), sajer nak tanya khabar. (padahal hampir setiap hari aku call dia tanya khabar). Dalam dok berborak tuh, Ateh complain pasal mak. "Ala Ateh mcm la ko tak paham dengan perangai mak kita tu", jawab aku nak sedapkan hati dia. Aku pun heran gak naper mak tak ngam dengan anak2 pompuan dia. Ada jer yang tak kena. Kalau aku citer kat sini tentu korang ingat aku tak sayang kat mak aku tuh. Aku tetap sayang mak aku. Buruk macam mana sekalipun dia tetap mak kami, yang melahirkan kami 6 beradik (termasuk adik bongsu pompuan yang sudah tiada lagi tu).

Kekadang tuh aku kesian gak memikirkan nasib Ateh adik aku yang masih single mingle nieh. Dia pernah bercinta tapi putus di tengah jalan. Ex-bofren dia selalu merujuk segala masalah antara mereka berdua kat aku. Masa Ateh break off dengan x-bofren dia nie, aku memang tak puas hati langsung. Aku betul2 ada gak bersuara dengan Ateh naper tak berbincang bebaik dengan si dia tuh. Ateh buat dek jer dengan aku. Ateh langsung tak nak citer dengan aku masalah yang menimpa di antara mereka berdua.

Aku pun cuba pendekatan lain, aku buat perang psikologi, aku ajak dia gi makanla, ajak dia gi main bowlingla. Dari situ aku dapat tau yg bofren dia dah ada org lain. oooo..patut ar bofren dia dok call aku merungut pasal adik aku. Nak cari sebab utk break-off la tuh..Kurang ajar punya jantan. Aku nie beria2 back up dia, rupa2nya dia dah pasang pompuan lain. Siot tul. Peh tuh dia mintak break off dengan Ateh hantar sms jer. Kepala hotak berjambul betul. Dah la tuh siap pos kad kahwin dia kat bapak lak tuh.

Aku kesian betul kat Ateh. Aku pujuk hati Ateh. Macam2 yang aku buat. Tapi tulah Ateh, dia macam dah tawar hati nak terima cinta lagi. Apa yang aku cakap dia buat dek jer. Suruh kerja pun dia taknak. Dia lebih suka dok umah mengasuh anak orang. Takper sekurang2nya dia tak kesunyian kat umah.

Aku tetap terus berdoa semoga suatu hari nanti Ateh akan jumpa lelaki yang betul2 bertanggung jawab, yang boleh membahagiakan dia ke akhir hayat. Insya Allah.

Selasa, 14 Jun 2005

Bapak

Ingatkan nak anta Julia gi enjek semalam tapi mak mertua aku tak bagi sebab dia nak bawak Julia ke Melaka hari nie. Amboi..jenjalan jer yer anak mak nie, tak padan umur baru 7 bulan dah merata anak mak gi. Baru balik dari Penang dah nak gi Melaka pulak. Murah rezeki anak mak. Kalau pandai cakap memang mak suruh anak mintak beli mainan bebanyak kat atuk tu. heheehe

Dah lama gak aku tak bercerita. Bukan sengaja tapi sejak balik dari bercuti nie aku mcm takde mood nak bercerita. Naper ek? Ntahlah aku pun tak tau. Anyway, disebabkan aku memang suka bercerita maka hari nie aku ambik keputusan nak rileks sekejab. ahahahahaah..(gelak terpaksa)

Sebenarnya aku nak bercerita pasal bapak aku. Maklumla sempena hari Bapa niekan. Aku dgn bapak memang rapat. Kami selalu berkongsi masalah dan perasaan. Aku ingat lagi masa aku ambik keputusan nak berkahwin. Mulut aku rasa berat sesangat nak cakap kat bapak. Tapi sampai bila aku nak mendiamkan diri. Aku ingat lagi masa tuh bapak jemput aku balik dari ofis lewat petang. Dah jadi rutin aku gi kerja bapak hantar dan jemput aku balik kerja. Sebelum tuh, aku selalu naik public transport tapi sejak kuar citer pasal kes ragut dan rogol buatkan bapak risau. Adik aku masa dah kahwin jeles betul dgn aku sbb sebelum nie dia gi kerja dengan aku tak pernah pun bapak anta dan jemput kami. Bapak pun sebenarnya masih bekerja cuma tahun depan bapak start pencen.

Ok sambung citer...

Lewat petang hari hujan bapak amek aku jemput. Aku dah set kat kepala otak dah nak bagi tau bapak. Masuk jer keter aku terus jadi mcm orang bisu. Bapak yang banyak bercerita dari aku. Bapak pun heran siap tanya aku sakit kepala ker. Terus jer mulut aku terlancar cakap kat bapak aku nak berkahwin dgn si dia (hubby aku). Bapak yang pada mulanya ceria terus diam seribu bahasa. Aku tengok air mata bapak bergenang. Bapak sedih ker detak hati aku. Bila dah menghampiri ke selekoh rumah barulah bapak bersuara dan cakap, "eloklah kalau dah camtu". Punyala lama diam itu jer bapak aku cakap.

Bapak cukup sporting dengan aku. Aku pegi ke disco ker, karaoke ker semua aku citer. Bapak tak suka sangat tapi bapak paham kehendak hati anak dia masa tuh. Aku siap citer dgn bapak dengan saper aku kuar sampaikan ada sorang mamat yang umur lebih tua dari bapak nak jadi bofren aku pun bapak gelak jer bila aku citer. Bapak tak pernah marah atau pukul aku tapi kalau dia sound memang menusuk ke tulang hitam. Pernah sekali di bulan puasa aku mintak bapak jemput awal sbb aku leh balik awal, bapak sound aku. Aku merajuk dengan bapak. Besok tuh, aku gi kerja tak gi dgn bapak, balik dari kerja pun aku balik sendiri. Bapak tau aku merajuk, dia tanya naper taknak tunggu dia. Aku nie kalau dgn bapak memang cepat cair, tau2 jer aku dah ok dah dgn bapak.

Sejak kebelakangan nie bapak selalu jer batuk2. Aku jadi semakin risau. Aku nasihatkan bapak toksah merokok lagi tapi dia tetap berdegil. Bapak..bapak..bapak pun taukan merokok tu tak elok. Bentijerla pak. Bapak buat dek jer dgn aku.Habih tu camno..? Diam jerlah..

Anyway, terlalu banyak kenangan aku dan bapak nak aku citerkan. Sempena hari Bapak nie aku tak dapat nak celebrate dgn bapak sebab gi ke Sabah dan aku lak ke Penang. Tapi hujung minggu nie aku akan jumpa bapak nak cakap kat dia yang aku sayaaaaaang sangat kat dia. Hadiah? Aku tak sempat beli. Bapak pun tak kisah. Tapi yang penting balik nanti aku nak rasa dia suapkan nasi kat mulut aku yang dah jadi ibu. Aku nak guna kesempatan dan nak kumpul kenangan sebanyak yang mungkin. Aku taknak menyesal di kemudian hari.

Sabtu, 11 Jun 2005

Masa Di Penang

Ini bukan kali pertama aku menjejakkan diri di Penang. Sebelum nie aku pernah ke Penang. Seronok? Memangla seronok, namapun bercuti kan. Dahla hotel ditaja peh tu naik kapal terbang lak tu. Tapi aku tak shopping pun kat saner. Mak mertua aku siap beli jeruk utk kengkawan dia. Aku tak beli apa pun. Aku pun rasa pelik gak. Sebelum nie aku giler shopping tapi sampai kat Penang keinginan nak membeli belah tu langsung tak wujud.

Rabu (8/06/05) - kami naik flight pukul 1.45ptg dan sampai di lapangan Bayan Lepas, Penang tepat jam 2.45ptg. Dah ada orang menanti kedatangan kami. En. Amir nama dia. Terus kami ke Sheraton Hotel tempat kami menginap selama 3 hari. Depan Sheraton ada KFC di sebelahnya pulak pasaraya Giant.
Dalam Sheraton tuh jugak ada pun tapi tak ingat lak nama dia. Takde sebarang aktiviti kecuali pada waktu malam tuh hubby gi tengok perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Singapura. Pasukan Malaysia kalah. Aku tak ikut hubby sebab aku ada aktiviti aku sendiri dengan adik ipar aku. Aku tidurkan Julia dan tinggalkan dia dengan mak mertua. Lepas tuh aku gi ke pasaraya Giant yang tak begitu besar lepaih tuh gi KFC tapau utk mak mertua aku. Lepas anta KFC kat mak mertua kitorang turun balik terus ke pub yang ada kat dalam hotel. Kebetulan pulak ada "Ladies Nite". Aku masuk dengan adik ipar aku. Tak sampai lima belas minit aku dah panas bontot sebab teringatkan baby Julia, terus aku ajak adik ipar aku balik bilik.

Khamis (9/06/05) - Pagi hingga malam. Buat kali pertamanya kami mengelilingi Penang. Dah tentulah ada tourist guide yang bawak kami keliling pulau. Orang Penangla katakan. Kalau dah dok kat Penang tuh wajib bagi setiap pengunjung nak merasa asam laksa, nasi kandar tak lupa jugak pasembor. Dah orang Penang yang bawak, tentulah kitorang dapat merasa yang terbaik. Antara tempat yang kami lawati adalah Muzium Perang Batu Maung, Jln Gurney, Batu Feringhi, Padang Kota Lama, Tropikal Fruit Farm dan tak lupa jugak tempat perpindahan mangsa Tsunami.

Jumaat (10/06/05) - Hari terakhir kami di Penang. Disebabkan waktu flight adalah waktu selepas waktu sembahyang Jumaat, maka kunjungan kami di Super Komtar dipendekkan. Tapi mak mertua aku sempat beli sepasang kasut begitu jugak adik ipar aku. Aku tak beli apa2 pun sebab aku rasa Mid Valley lebih banyak pilihan berbanding di Komtar tuh. Tepat jam pukul 5.00 petang kami dah pun sampai KLIA, Sepang.

Itulah antara aktiviti sepanjang aku bercuti di Penang. Alhamdulillah sepanjang kami berada di Penang tuh baby Julia langsung tak meragam. Baik tul anak mak nie. Nanti mak bawak Julia gi jenjalan lagi yek.

Selasa, 7 Jun 2005

Cuti 3 hari

Mulai esok hingga jumaat aku akan mula cuti..Aku akan bercuti ke Penang selama aku bercuti. Aku belum packing lagi nieh..Baju Julia pun tak packing lagi.. First time nak bawak Julia jenjalan jauh.. Balik dari cuti nanti leh ar aku tampal gambar aku kat Penang tuh. Apa pun banyak kerja kat ofis nie yg aku kena settlekan. Kot nanti tengah dok siok bercoti bos call dok tanya itu ini.. Aku jugak yang beng kang..

Sampai ketemu lagi ..

adios..

Khamis, 2 Jun 2005

Duit oh duit...

Dua hari lepaih aku berborak2 dgn x-ofismate aku. Macam2 yg kami borakkan. Dari citer pasal member si polan2 sampai ke citer pasal rumahtangga masing2. Org pompuan kalau dpt berborak mmg tak ingat dunia dah.. Kerja melambak ataih meja pun buat tak nampak jer. Bos jeling pun berani buat dunno. Lantaklah ko bos, time aku buat kerja pun bukan ko nampak, buat dek jer. Time aku dok sekali beborak dgn kengkawan ko nak jeling pulak. heheehhe...

Tapi topik yg paling lama kitorang borak...topik apa lagi..topik duit ler..Amboi..korang dah ingat lain yer.. tak baik tau.. Ingat yang blue jer ker? Kenapa kitorang borak lelama pasal duit lak? Dia dok ngadu kat aku setiap bulan duit gaji dia tak tau gi ke mana. Alahai...kesiannya dia.. Dia ingat dia sorang ker camtu? Aku pun camtu gak.. Tapi skrg aku dah ok dah.. Aku dah tobat dah.. Itupun nasib baik tersedar cepat, kalau tak tu dah lama aku bangkrap dah...heheeheh..

Aku pun nak perturunkan beberapa tips pada mereka yang ingin lepaih dari seksaan hutang kad kredit yg hebat dan jugak langkah2 utk menyimpan duit.

1.) KAD KREDIT - wuih...seronok ada kad kredit nieh...aku dulu asal takde cash jer...zap..zap..peh tu cukup bulan mengeluh..Hutang kad kredit nak kena bayar...Bayarla jugak ..Tapi lum gak nak insaf...tau2 jer dah dekat cecah kredit limit dah.. Masa tu mulalah menggagau mcm beruk.. mana nak carik duit nie..? Untuk elak dari guna kad kredit lagi sebelum bank cari kita, tinggalkan kad kredit tu kat umah takpun yang lebih baik lagi potong jer kad tu...memang susah dan berat hati nak buat...pada yang nak sgt jaga imej potong kad tu dihujung, at least bila bukak wallet atau purse nampak ler kad kredit berderet tapi kita masih gah nak bayar dgn tunai...cewah...imej beb imej...hehehehe

Tapi sebelum aku proceed lebih jauh lagi...Langkah2 yg aku publish kat blog nie cuma sekadar panduan jer. Korang mesti confirm kan dgn korangnya accountant ker, penasihat kewangan ker. Bak kata pepatah..yg elok jadikan teladan yg tak elok tu jadi sempadan.

2) TABUNG - Korang ingat tak masa kecik2 dulu korang ada tabung mak bapak bagi. Korang siap korek nak ais krim la, gula2 la...Kalau takde masa nak beli tabung..agak ada tin ker, kotak minyak wangi tu ker tak pun botol bedak boleh gak buat tabung. Agak2 bila poket tu berat dgn duit syilling, masukkan duit tu dlm tabung, tapi jgnler letak semua kot kang nak tambang (pada yg guna public transport) ker, tol ker (nie yang berkeretala) kena pulak korek balik tabung tuh. Mana nak dpt sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya..Kenalah berusaha lebih skit..kalau kita leh buat OT giler2 utk extra income..at least kita tau ke mana duit kita pegi..takla rasa rugi sesangat.

3) INSURANS - Dulu2 orang kata (esp. org Melayu) kalau beli insurans mcm kita jual nyawa, tapi sebenarnya insurans nielah salah satu cara nak meyimpan. Kalau kita mati, memangla duit tu x dpt kat kita tapi kalau kot kita tak mati cacat seumur hidup..takkan nak tunggu duit SOCSO kot? Lagipun, kalau kita boleh terima hakikat gaji kita ditolak utk EPF takkan kita takleh nak paksa diri kita utk insurans. Pada yang mampu tuh lehla beli insurans nyawa yg ada pulangan tapi pada yg tak mampu tuh, skrg nie premium insurans dah boleh bayar dgn murah cthnya PA (personal accident) tapi ada gak yg cover utk sickness. Korang check dgn ejen insurans sblm beli tau.
4) BELANJA BILA PERLU - Ini yang paling susah nak buat. Sebab apa tau, tiap kali kita nak beli benda lain end up kita beli benda lain. Kalau kita pakai benda tu tak per ini tak, sbb benda tu cantik n murah. Sudahnya kita gak yg nyesal. Nyesal dulu takper nyesal kendian mmg tak guna dah... Bila kita gi beli barang tuh sure ada duit lebih kan...hah duit tuh leh ar masuk tabung yang kita buat..Sblm kita nak gi shopping, setkan dulu di otak tu tapi seblm tu makan kat umah kenyang2..kalau gi shopping perut lapar sure kita nak beli macam2. Buat list dulu nak beli apa..Peh tu check list tuh balik kot kita mungkin boleh beli brg tuh di lain kali..Sampai kat shopping kompleks jer..beli ikut list..jgn simpan lak..pk betapa penatnya kita buat list peh tu kita buat dek jer..mcm keja yg kita buat tapi bos buat dek tuh..apa perasaan kita..? sure beng nya lah..

5) LINTAH DARAT @ AH LONG - Inila penyakit meminjam yang di tahap kritikal..JANGAN SEKALI2 meminjam dgn diorang nih..Rosak rumahtangga, tunggang langgang hidup kita dibuatnya. Kalau kita pk ini cara mudah nak pinjam, itu salah tuh. Jadi orang Melayu nie untung sbb kita ada taraf bumiputera, so kita leh pinjaman kat bank. Tapi kita buat loan tuh..utk settlekan kad kredit kan? So, bila dpt duit loan settlekan hutang kad kredit. Dah settle duit kad kredit tuh, kena ingat loan tuh kena bayar jugak tau.

6) BUAT BAJET/AKAUN - Bila nak dekat time gaji buat satu buku atau diari dan senaraikan dulu hutang piutang yang nak diselesaikan. Peh tuh setiap kali kita kuar duit, kita catiatkan kat dlm buku tuh, dari situ kita dah boleh bajet perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan kita. Takkan masa kat sekolah dulu tak belajar akaun kot. Kalau citer pasal perasaan yg berkecamuk, marah, bengang dan mcm2 lagilah kat dlm blog korang tuh takkan catatan mcm nie pun takkan tak lak leh kan...Korang pun tau pasal byk jutawan segera jadi bangkrap sbb gelap mata bila dpt duit yg banyak.

7) DISIPLIN - Sikap nie paling penting utk buat semua perkara. Semua benda takkan jadi kalau kita sendiri taknak buat. Pokok pangkal hati kita. Genggam bara api sampai jadi api...Cewah..Macam Karam Singh Walia la pulak...Kuatkan azam dan semangat sure kita boleh buat semua perkara dgn mudah. Kalau pasang niat tapi tak de inisiatif nak buat..baik jgn berniat langsung.

Kesimpulannya, nak buat seribu daya, taknak beribu2 dalih..aik..peribahasa lagi?..Anyway, ini cuma pandangan dan nasihat jer tau..Aku pun bukannya pandai sgt.

Utk kawan aku tuh...semoga panduan dan nasihat ini tak banyak skit dpt tolong dia uruskan duit dia tuh..Good luck my fren...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails