Jumaat, 30 September 2005

Harapan

Semalam aku busy, hari nie pun aku busy gak..cewaahh..macamlah orang nak tau sesangat. Itulah sebab naper aku tak dapat nak bercerita.

Tapi hari nie aku curik2 masa untuk bercerita tentang harapan aku. Dulu masa aku solo aku berharap sesangat dapat dijodohkan dengan orang yang sayangkan aku, yang mengambil berat pasal aku dan macam2 lagilah. Alhamdulillah..doaku termakbul. Kekurangan tu tetap ada. Tapi aku pun ada gak kekurangan kan. So, takleh la aku nak harap sempurna 100% kan.

Sekarang nie harapan aku dah lain pulak dah. Maklumla sejak dah ada Julia nie, aku harap bila dia dah dewasa nanti jadi orang yang bebaik. Tentulah aku kena didik dia dari sekarang. Kekadang tu takut gak sebab Julia kekadang terlalu dimanjakan dek atuk dan uwan (belah ayah dia belah aku nie lagilah). Aku pun manjakan Julia gak tapi bertempat. Semenjak dua menjak Julia suka mengengek. Geram pulak aku dibuatnya. Itu cara dia nak tarik perhatian kami ler tu.

Kekadang tu aku pun takut gak harapan aku tu tinggal harapan. Sebab tu aku tak pernah lupa mendoakan agar Julia menjadi anak yang solehah. Mungkin itu gaklah harapan mak n bapak masa aku kecik dulu. Bila Julia dah besar nanti aku nak bagi tau kat dia yang aku tak mampu nak beri segala kemewahan tapi aku akan cuba penuhi setiap keperluan dia. Insya Allah. Macam tu jugak bila mak dan bapak dok selalu pesan kat kami suruh kami pandai menjaga diri dan pandai2 membawa diri. Mak dan bapak walaupun tak mampu nak beri kemewahan tapi diorang sarat dengan kasih dan sayang dan mereka sedaya upaya memenuhi setiap permintaan anak2. (nie yang buat aku nak balik jumpa diorang nie)..isk isk isk..

Bila aku dah jadi mak nie..barulah aku mengerti dan lebih menghargai mak n bapak. Kalau dulu aku ada gak berbalas cakap dgn diorang especially dgn mak tapi sekarang nie aku tak buat camtu dah. Aku tau sekarang nie giliran aku pulak merasa menjadi mak macam mak aku dulu. Tulah kan..kita takkan tau or faham selagi kita tak mengalaminya. Setakat mendengar dari citer orang tak sama dengan apa yang dialami oleh tuan punya badan.

Apalah yang aku mengarut pun aku tak tahu (sindrom hujung minggu dah sampai kot).

Isnin, 26 September 2005

2006

Hujung minggu sudah berlalu..start minggu depan (5 Oktober nanti) kita dah pun berpuasa..Diam tak diam kita dah pun dia 3/4 tahun 2005. Tahun 2006 pulak menjelma dengan Hari Raya Haji disambut 2x tahun depan.

Apa yang dapat aku rumuskan tahun 2005 adalah tahun paling mencabar buat aku (nak ikut tiap2 tahun ada cabarannya). Tapi tahun nie banyak memberi aku pengajaran dan pengalaman sebagai isteri dan ibu.

Aku tak tau apakah cabaran tahun depan. Apa yang penting aku dapat merasakan yang tahun depan mungkin lebih mencabar kot. Cewah..naper tetiba jer aku terpikir pasal tahun baru nie? Ntahler..aku ingat tahun nie (2005) aku nak berazam tahun depan..fuyooo macam tak caya jer.

Tapi sebelum tu aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR atau HAPPY BIRTHDAY to cik TIARA kita dengan ucapan "semoga keceriaan dan kebahagian milikmu selamanya"..ececeh macam ucapan kat radiola pulak.

Yang sebenarnya kalau diingatkan balik setiap tahun yang berlalu azam aku tak lain..nak menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Walhal..pusing balik pusing balik aku tetap seperti dahulu cuma kekadang tu aku lagi lebih 'outspoken'. Tu yang kekadang mengundang padah pada diri aku.

Pada yang berazam untuk tahun 2006 dan sedang berusaha ke arah tu..baguslah..Jangan jadik macam aku neh nama jer berazam tapi habuk pun tarak..Kot nampak perubahan tu takper gak. Ini langsung takde..Takperlah sekurang2nya aku ada gak berazam daripada tak berazam langsung. Betul tal? (tu ayat nak menyedapkan hati tu).

Apapun, aku harap azam aku di tahun 2006 akan tercapai..Insya Allah..

Okaylah..aku sebenarnya ada 2-3 kerja kena buat tapi aku buat derk..Bos aku dah call dah suoh aku buat..kot kang aku gak yang kena marah kang..

Nanti kita sambung ok..

Jumaat, 23 September 2005

Merajuk ker mengada2 ?

Aku nie bila sakit hati atau marah orang boleh nampak jelas dari raut muka aku yang serius nak mampus. Aku sorang ker macam tu? Entahlah..dah memang tabiat aku macam tu. Dan selalu jadi mangsa kemarahan aku tak lain tak bukan hubby aku ler. Kesian dia. Nak buat camner kan..dah dia yamg paling dekat dan paling rapat dengan aku sudah pastilah dia yang kena. heh heh heh..

Kenapa mesti ada perasaan macam nie? Kurang sabar ker aku nie? Apa yang boleh buat aku sakit hati sesangat sampai hubby yang jadi mangsa kemarahan aku? Nak ikutkan aku nei jenis 'happy go lucky' (yerlah tu). Mungkin aku nak lebih perhatian dari hubby aku kot. Tapi hubby tak pernah lak buat derk dgn aku bila aku cakap dengan atau bila aku mintak tolong dari dia..dia tak banyak cakap buat jer.

Hhhmm..tapi nak ikutkan aku taklah banyak kerenah pun..cewaahh..koyo lagik aku nie. Agaknya aku jeles dengan Julia kot. Sejak Julia ada hubby lebih beri perhatian kat dia dibandingkan kat aku nie. Tapi apsal lak aku nak jeles dgn anak aku sendiri. Kira oklah tu kalau hubby bagi perhatian kat dia. Tak salah rasanya. Tapi yang buat aku beng tu bila aku marah or pukul (tak kuat langsung) hubby marah kat aku..time mak mertua aku tu marah kat Julia tak pulak hubby kata apa2. hah..tulah tu..mungkin sebab tu aku cepat hangin kot. Takpun aku nie jer yang suka pikir benda2 yang tak baik. hishh..apalah nak jadik dengan aku nie.

Bukan aku tak tau yang syaitan dan iblis senantiasa membisikkan kata2 nista di hati manusia supaya manusia hilang rasa sabar, hilang rasa kasih dan sayang. Ntahnya..aku nie..ntah apa2 ntah..dah toksah pikir lagi benda2 yang tak baik nie. Hari niekan hari Jumaat..hari penuh kekberkatan..penghulu segala hari..

Hari nie aku nak gi makan kat luar peh tu aku nak cuci rambut nie peh tu aku nak merayau2..bos aku takde..dia gi outstation lagi..hahahhahaahahah (gelak jahat sudah mari)

Apapun..selamat berhujung minggu semua..semoga korang enjoy dengan weekend nie..kita jumpa lagi hari Isnin.

Bye..Adios..Sayonara..Wa chow sin..

Khamis, 22 September 2005

Suatu topik di radio..

Masa dalam perjalanan ke pejabat aku mendengar satu topic yang menarik dari satu stesen radio yang popular. Topik mengenai mak tiri dan bapak tiri. Topik yang tak kurang menarik jugak. Yang benar2 menyentuh perasaan aku apabila salah seorang pemanggil dengan suara yang amat sayu dan syahdu mengenai kekesalannya melayan ayah tiri dia. Dia rasa menyesal kerana layanan buruk yang diberinya suatu ketika dahulu. Dia bernasib baik kerana mendapat ayah tiri yang baik. Tapi macam mana dengan mak tiri atau bapak tiri yang tak baik tu?

Aku sesungguhnya amat bersyukur kerana tak mengalami benda nie semua. Kalau dulu aku selalu bengang dengan mak aku. Sebab mak tak pernah nak beri aku sokongan malah selalu memandang rendah akan kebolehan aku. Selalu jugak dia bandingkan aku dengan abang aku tu. Sekarang mak dah tak camtu. Satu perangai dia yang kami adik beradik tak suka ialah mak nie suka berleter. But then bila kami pikir balik mak berleter tu sebab dia sayangkan kitorang. Dia taknak perkara buruk berlaku pada kami. Lagipun kalau perangai kami nei teruk tentunya orang akan mengata mak dan bapak tak pandai ajar kami adik beradik adab sopan dan tata susila. Cereeehh…koyo jer aku nie. Ini pandangan dari sudut positif aku ler. Dari pandangan negative pulak, hishh..tak yah lah aku terangkan panjang lebar. Kang ada lak yang kata aku nie anak yang tak mengenang budi. Hehehhehehehe..


Kekadang mak nie pun lawak gak. Bila dia dah takde benda nak marah..ayat yang dia selalu sebut ialah “Banyaklah ko punya story book” takpun dengan nada tinggi “Korang ingat aku nie kengkawan korang eh” tu time dia nak guna kuasa veto sebagai mak ler tu. Hahahahahaha..Aku ingat lagi masa hari persandingan aku tahun 2003 dulu, mak beria2 menangis di pelamin..bila aku tengok dia camtu..aku pun nangis ler jadiknya..habih mekup aku..isk isk isk..

Tapi sebenarnya aku takut bila mak dan bapak dah uzur nanti aku tak mampu nak luangkan masa untuk diorang. Aku takut nanti mak dan bapak rasa kecil hati dengan aku. Aku tengah cuba sedaya upaya cuba nak luangkan masa yang ada nie untuk bersama diorang. Aku cuba jugak sedarkan diri yang selalu lupa yang aku satu hari nanti dah tua jugak. Mampu jugak ker bakal anak2 aku menjaga aku bila aku dah tua nanti?

Aku juga cuba ingatkan diri aku yang mudah jugak lupa (maklumlah bak kata Tun Mahathir ..Melayu Mudah Lupa) bahawa setiap perbuatan sama ada baik atau buruk pasti ada pembalasannya. Tak kiralah sama ada di dunia ataupun di akhirat (nie yang buat aku rasa takut nie tapi masih jugak buat2 derk jer..).

Apa pun..Insya Allah aku takkan lupa atau buat2 lupa lagi. Aku takde alasan untuk membalas jasa mak dan bapak aku selama diorang membesarkan aku. Aku teringat ada sorang akak tu pesan kat aku HARGAILAH IBUBAPA SELAMA HAYAT MEREKA ADA tak kira betapa buruk atau betapa jahat pun mereka tanpa mereka siapalah kita. Darah mereka tetap mengalir dalam tubuh kita.

Selasa, 20 September 2005

Hati n Hati-hati

Setiap seorang kita nie sure ada kawan baik. Kawan yang benar2 memahami diri kita. Bak kata orang tu sehati sejiwa. Ada yang memilih kawan baik bukan dari kaum sejenis. Kalau dah datang jodoh silap2 kawan baik nie berkahwin. Orang tua kita selalu berpesan berhati2 bila memilih kawan. Alasan kita yang muda pulak alaa..kawan jer apalah salahnya. Bak kata pepatah tu..berkawan biar seribu berkasih biar satu. Ada juga yang berkawan dengan kita hanya untuk mengambil kesempatan. Mengambil kesempatan yang macam mana? Pinjam duit tak bayar ker? Ataupun kawan yang bila ditimpa masalah barulah nampak batang hidung.

Aku rasa semua perkara tu tak timbul kalau memasing IKHLAS dan yang paling penting sekali MEMAHAMI hati dan perasaan kawan. Menjaga hati kawan samalah seperti menjaga kaca kristal. Sesuatu yang amat berharga namun amat mudah pecah kalau terhempas. Bila berkawan jadi musuh, masing2 mula mengata yang tak baik tentang kawan yang lain. Sedangkan memasing tahu kelemahan dan kelebihan memasing. Pada masa inilah ada yang sudi jadi 'api dalam sekam' yang kononnya jadi orang tengah untuk mendamaikan kawan. Tapi yang sebenarnya 'orang tengah' inilah boleh menghancurkan lagi perhubungan kawan. Kalau benar mahu jadi pendamai sepatutnya panggillah bersemuka dan ceritakan apa yang terbuku di hati memasing. Bersemuka lebih baik dari bercerita melalui 'orang tengah'.

Kalau kita nak jadi kawan yang baik. Tanyakan dulu pada diri sendiri sama ada kita boleh atau tidak menjadi kawan yang baik. Hubungan kawan yang berpanjangan boleh jadi hancur berderai kalau memasing taknak bertolak ansur dan beralah. Berbincang dan berterus-terang adalah jalan terbaik untuk menjaga tali persahabatan yang lama terjalin. Insya Allah.

Isnin, 19 September 2005

Hujung Minggu Aku..

Sabtu (17/09/05) – Nothing special pun..gi umah Wanchu (mak sedara bapak) di Sepang sebab ada kenduri doa selamat. Biasalah bila dah berkumpul tu memasing ada jer citer memasing. Dekat pukul 12tgh malam barulah kitorang balik ke KL. Sampai jer umah kat KL terus diorang tunjukkan aku kain2 yang diorang beli. Terus jer aku capai kain warna biru macam tau2 jer Alang belikan aku kain tu. Alang kata Bangchik yang pilih kain tu. Rezeki jangan ditolak..betul tak? Betull!! Yang tak sioknya tu aku tido dekat pukul 3 pagi sebab melayan si Julia dok bergurau dengan atuk dia.

Ahad (18/09/05) – Bangun pagi lambat sikit..maklumlah hujung minggula katakan. Julia pun bangun sama, terus aku prepare breakfast utk dia. Peh tu mandikan dia sekali dengan si Farah (anak adik aku) yang berumur 4thn tu. Peh tu aku terus prepare nasi goreng for my beloved family termasuk untuk hubby. Dekat pukul 4 lak aku geledah satu umah sebab mencari kolam renang plastic. Yang excited sebenarnya bukan bebudak tapi mak budak (aku ler tu) hahahahaha…Dekat pukul 7 barulah kitorang gerak untuk balik ke Seremban. Si Farah menangis sakan sebab nak ikut aku. Sian aku nengok dia, aku pulak rasa nak nangis nengok dia nangis tu.

Hari ini (19/09/05) – Tepat pukul 12tgh malam hubby kejut. Cepat2 aku capai handphone call bapak to wish him Happy Birthday. BangChik dari jauh dah sound dah lambat sebab dia dah wish dulu. Eleh kalau aku tak pesan kat bapak jangan off handphone for sure dia pun lupa nak wish. Peh tu bapak cakap kat aku orang yang first ingat adalah aku bukan sesapa. Masa tu kembang hidung n bonts aku kejab. Hahahahahaha..maklumlah aku yang paling rapat dan manja dengan bapak. Surelah bapak cakap macam tu sebab dia tau anak pompuan dia nei camner.

Walaupun sebenarnya hari Isnin adalah hari yang paling bosan tapi kali nie aku rasa hari nie hari paling Istimewa. Yalah, mana taknya..Dahlah hari nie Birthday Bapak ditambah pulak masa breakfast tadi mak mertua bagitau yang kakak ipar aku ada beli baju blaus untuk aku. Murah rezeki aku..Alhamdulillah..tapi problem sikit..kain yang Alang bagi tu, mana nak cari tailor nie..? Kalaulah si Azima tinggai dekat, for sure aku mintak dia tolong jahitkan. Maklumlah..Azima nie pandai menjahit tau hari tu dia jahitkan pijama utk Julia..cute sangat baju tu..Korang rasa apa aku patut balas kat Azima nie? Walaupun dia tak mintak, aku rasa tak sedap hatilah tak bagi dia apa2. Hah..dah tau dah..tak leh citer kat sini..nak wat surprise kat dialah..hehehehhee

Khamis, 15 September 2005

Posa n Raya

Bulan Puasa dah nak dekat dah nie..kebanyakan tukang jahit dah taknak terima tempahan. Aku langsung tak teringat nak menempah baju. Adussss…nampak gayanya kenalah aku beli baju dah siap.

Hopefully by the time hari raya Julia dah boleh jalan..hhmm boleh ar dia pakai baju kurung yang sama corak dengan aku. Hubby lak pakai baju melayu yang sama kaler dengan kami. Tahun lepas aku tak dapat nak beraya sangat sebab masa tu aku masih dalam pantang dan banyak makanan yang aku tak dapat nak ngap. Rasa macam aku masih berpuasa gak.

Citer pasal raya jer aku nie..posa dah ganti lum? Tengah gantikan lah nie. Insya Allah by the time nak dekat posa..posa ganti pun habih..Insya Allah. Hah..pada saper yang lum ganti tu ganti cepat ek..kot nanti berganda lak jadiknya. Cereh cakap kat orang pandai diri sendiri pun tak betul. Hahahahaha

Anyway, tahun nie aku dok pikir2 lagi nak pilih tema kaler untuk baju raya nie. Almaklumlah…first time beraya as one new family la katakan. Hehheeheheh

Dahler citer pasal raya nie..kot nanti orang ingat aku over excited nak beraya pulak. Tak lama sure banyaklah kuih muih yang tak pernah kita nengok bersepah2 kat gerai. Beli benda makan time lapar memang menakutkan. Kalau boleh itu nak yang ini pun kita nak. Kesudahannya besok pagi buang dalam tong sampah.

Kali nie aku nak disiplinkan diri..taknak beli benda makan yang bebukan tu. Kalau nak beli gak, suoh hubby jer yang beli pakai duit dia. Hahahahahahaaha jahat tul aku nie kan? Bukan jahat..nakal jer..heheheehe

Okaylah..aku nak sambung kerja jab peh tu kang aku datang balik..ok..adios my fren.

Rabu, 14 September 2005

Tentang 'DIA' (aku)

Laaaa....apa kenalah aku letak tajuk camtu..ahhh lantak ar..janji dia ber'tajuk'. Memula aku taknak bercerita pasal hal nie. Bukan apa, nanti apa lak orang fikir pasal aku. Lepaih tu aku pikir balik..laa..pedulik apa orang nak pikir pasal aku pun. Masing2 ada perangai masing2, lagipun bukan semua bagus pun (termasuk akula tu) Anyway, apa yang aku nak ceritakan sebenarnya langsung tak de kena mengena dengan aku. Hahahahahaha

Ada orang malah aku pun pernah terbaca dalam majalah. Untuk menilai diri sendiri kita kena selalu buat penilaian. Penilaian yang macam mana? Ianya adalah untuk kita mengenal pasti apa yang baik dan apa yang buruk tentang diri sendiri. Aku dulu pernah buat..laaaaa..terus aku koyak kertas hasil penilaian tu. Mana taknya banyak sikap negatif daripada sikap positif. Tapi lepas tu aku buat lagi. (yelah tak puas hati ar kan..bila nengok keputusan yang banyak negatif). Kali nie memang betul. Masa tulah aku buat perubahan sedikit demi sedikit. Okaylah kan..nampaklah perubahan tu. Yang tak bestnya..orang lain tak perasan langsung perubahan sikap aku tu..cehh..hampeh tul.

Kali nie aku nak buat tapi takdelah buat senarai lagi dah..apa guna internet kan kalau tak digunakan sepenuhnya. Hahhahahaaha..hhmmm seronok pulak buat penilaian macam tu. Tak taulah korang suka dengan benda macam tu ke tidak. Walau apa pun..benda2 macam nie memberikan impak (impak?..fuh dasat bahse aku kali nie) kat aku. Macam yang aku buat kat blog din, (promote tu din..hehehehehe) seronok rasanya..hehehehehe

Kalau korang nak buat kuiz tu..pegilah kat sini.

Selasa, 13 September 2005

Curang??

Apabila kecurangan berlaku dalam hubungan suami isteri, terlalu banyak pulak kata2 yang tak baik timbul. Masing2 cuba mencari kesalahan walaupun sebesar zarah.

Banyak yang berlaku kepada pasangan yang berkahwin tak kiralah sama ada usia perkahwinan sudah menjangkau melebihi 5 tahun dan ada juga lebih dari 20 tahun.

Kenapa ianya terjadi? Sudah hilangkah rasa CINTA dan SETIA dan KASIH SAYANG di antara mereka? Kehendak nafsu melebihi segalanya kah? Itulah antara persoalan yang bermain di kotak pemikiran aku setiap kali terdengarkan kisah kecurangan dalam perkahwinan.

Semoga perkahwinan aku tidak diduga sebegitu rupa. Insya Allah

Jumaat, 9 September 2005

CINTA BUTA???

Betul ker cinta itu buta? Atau sebenarnya takde istilah cinta buta, yang sebenarnya manusia itu yang buta cinta. Yang tak tahu menilai dan menghargai cinta. Cinta tak pernah buta. Cinta itu agung. Kalaula cinta itu buta, cacatla cinta itu. Tapi kalau dah cacat dah nampak kekurangannya itu kenapa masih mahu cinta?

Jadinya selama ini cinta itu tak butalah ek? Yang buta sebenarnya manusia, bukan buta penglihatan tapi buta akal dan fikiran. Terlalu mengikut perasaan. Ahhh..betapa uniknya makhluk bernama manusia ini. Bila asyik bercinta selalu lupa dunia yang nyata. Tapi bila terputus cinta barulah sedar cinta sesama manusia ini tak kekal. Bukan tak tahu cinta mana yang kekal, bukan tak tahu cinta mana yang kekal tapi kenapa? Kenapa makhluk bernama manusia ini jugalah yang menjadi pemusnah alam semesta. Berbunuh sesama sendiri, merogol darah daging sendiri malah sanggup menikam belakang sesama sendiri.

Yang maha Esa tak pernah melarang manusia bercinta kecuali sesama jenis. Yang terang dan nyata cinta sesama jenis ini dikutuk, dilaknat spt termaktub di dalam Al-Quran. Bukan takde ilmu agama bukan takde akal fikiran. Yang telah kembali ke pangkal jalan, Alhamdulillah tapi yang masih belum mahu ke pangkal jalan. Tak takutkah mereka dgn seksaan api neraka? Tak takutkah mereka dgn balasan di dunia.

Ini doaku hamba paling lemah…Ya Allah....Segala puji ke atasMu, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Yang memiliki hari pembalasan (kiamat), Hanya kepadaMu kami sembah dan kepadaMu jualah kami meminta pertolongan, Berilah kami petunjuk di jalan yang lurus (jalan kepada yang kau beri nikmat), bukannya jalan yang merekai kau murkai dan bukan jua jalan yang sesat…Dari maksud surah Al-fatihah..Wallahualam..

Rabu, 7 September 2005

Setia

Hari nie aku nak citer apa ek? Semalam aku tak bercerita bukan sebab takde idea atau sibuk tapi sebab aku takde mood peh tu pulak aku banyak ‘melongkai’ website sampai lupa nak bercerita. Cereeehh..boleh caya ker tu?

Hari nie aku nak citer skit pasal SETIA. Aku kekadang tu pikir gak aku nie betul2 setia atau tidak. Of cos I do..cewahh..perasan ler tu. Kita mesti yakin tapi tak leh terlalu yakin nanti kita jadi riak kita jadi sombong (iyer ker?). Anyway, bila sebut pasal SETIA nie semua orang nak pasangan memasing SETIA (tak terkecuali aku). SETIA yang macam mana? Kalau tak berlaku curang tu, SETIA ker namanya? Boleh ker kita jadi kawan yang SETIA, anak yang SETIA pada ibubapa, isteri atau suami yang SETIA atau pekerja yang SETIA dgn majikan atau rakyat yang SETIA pada negara? Aahah..lagi satu SETIA pada blog nie..hahahahahaha

Tepuk dada tanya selera..tul tak? (tingat lagu SETIA yang masa Tok Mat jadi Menteri Penerangan tu..heheheehehe)

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Isnin, 5 September 2005

Jumpa artis..

Sabtu 04/09/2005 (malam)

At first kitorang nak pegi karnival Moto GP tu waktu petang tapi memandangkan si Julia tido sampai lewat petang, so kitorang pun tukar plan pegi waktu malam. Hubby pun takde chance nak gi nengok moto GP yang comel2 tu. Kesian hubby..takperlah demi anak dia tak kisah.

So, waktu malam memang takde aktiviti kecuali konsert sahaja. Kebetulan pulak malam tu adik sepupu hubby pun salah sorang petugas kat sana. Ingatkan dia dah balik hotel, tapi rupanya dia ada (dia staff RTM) kat belakang pentas. Dia pun bawak kitorang ke belakang pentas tu. Guess what? Makanya dapatlah kitorang bersalaman dengan Azharina (alah..penyanyi yang nyanyi lagi Elegi Sepi tulah). Sebenarnya Ali XPDC pun ada tak lupa jugak AC Mizal and isteri dia pelakon tu Emilia Rosnaida. Julia dapat lak bergambar dgn Azharina. Rupa2nya Azharina tu kawan rapat adik sepupu hubby.

Yang kelakar tu..adik ipar aku boleh pulak cakap kat aku "dok kat belakang pentas nie rasa macam artisla pulak'..hahahahaha kelakarnya. Aku tak pulak rasa macam tu. Ntahla..artis ni kan orang biasa cuma mereka nie lebih dikenali. itu jer..cewah..koyo jer aku nie. Lepas jer si Azharina nyanyi si Ali XPDC pulak nyayi, masa tulah kitorang balik. Tapi sebenarnya kitorang balik sebab ada sorang mamat (siap ngaku yg dia n hubby kawan sekolah) datang mintak autograf. Walhal sebelum nie kitorang pernah terserempak dengan dia..hubby did mention yang dia nie 'kureng' skit. Nampak macam normal jer dia tu tapi hubby kata mamat nie kalau start bercakap susah tul nak berhenti. Masa nak balik tu sempatlah aku salam sumer artis kat situ. Hhhmm..hubby lagi teruk, aku dah keluar dia kat dalam khemah tu dok salam dengan semua orang.

Anyway, malam tadi hubby bawak lagi kitorang ke karnival tu. Tapi aku taknak turun kereta sebabnya tak aku tak pakai baju yang approriate. Hubby kata takperlah tak yah gi back stage. Weih..sori aku kalau setakat pakai t shirt tu takper lagi tapi kalau pakai baju tido jangan nak ke back stage, nak turun kereta pun tak hingin aku. Kot ya pun soundla awal nak pegi ke karnival tu. Walhal aku yang ajak dia keluar malam tadi sebab aku nak gi ATM dan beli top-up prepaid..tu jer.

Okaylah..yer..nanti kita sambung citer. Aku nak chow. Ada kerja skit nak buat. But at the same time aku nak berterima kasih pada Tiara di atas pemberian cenderahati dari Sarawak tu. Terima kasih daun keladi, next time kalau pegi, jangan lupa akak kat sini...hehehehehehehehe..

Jumaat, 2 September 2005

lagi takde tajuk

2/09/2005
Diam tak diam Julia genap 10 bulan hari nie. Dah pandai berdiri sekarang cuma nak bertatih tu dia takut skit. Dua hari coti buat aku jadi malas jer nak buat apa2. Kalau dulu bila aku tak hupdet ada sorang jer umat tanya bila nak hupdet tapi sekarang nie bertambahla pulak. Sabarjerlah...Sekarang nie aku dok hupdet ler nie.
Jangan time aku tak hupdet korang pulak buat derk jer tau. Memangla cari pasal namanya tu. Start besok pulak ada karnival Moto GP. Bestnyaa..for sure aku nak gi nengok (walhal tak minat tapi sajer nak menyibuk..hehehehe). Meriahkan suasana..lagipun karnival nie dokek yo. Cewah sepeking nogori lagi. Cam baguuih yo sopiking nogori aku nie (tingat citer Haji Lombu..kihkihkihkih).

Hari nie lunch hubby tapaukan untuk aku. Maklumla hari nie dia amek coti sebab nak gi renew road tax dan settlekan sumer bill. Harapnya dia tapaukan yang best2 (A&W ker, McDonald ker, KFC ker). Maklumla lepaih nie aku kena posa ganti la pulak (baru terhegeh2 nak ganti..suka tul buat kerja last minute). Padan muka aku.

Oklah aku nak chow dulu..(nak cari idea topik hari nie) Kot la ada yang sudi nak beri idea kat aku nie dialu2kan dengan segala hormatnya..cewah...tetiba lak nak jadi sopan. Ah ha..dapat dah idea..Kita citer pasal kesopanan nak tak? Saper yang rasa dia sopan? Betul ker sopan tu? Sopan yang macam mana? Bila lintas jalan korang bongkok...kihkihkih (tingat masa sekolah dulu selalu buat camtu).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails