Isnin, 13 April 2009

Abang..my eldest bro

Semalam hari Ahad..bestnya dapat beristirehat dengan anak2..seronok melayan kerenah dorang. Tak aku sangka..lewat petang baru teringat nak tengok handphone aku tuh. Ahh..ada 3 missed call aku tak jawab from the same person. Adalak message..

'salam..herr..perghh..brt palo abg nie..sbb lum sah jwtn..pulak tu pnah jd drug addict'

Terus muka aku berubah..terus aku hilang mood..aku terus jadi sedih. Kesian my abang..Aku tak dapat nak balas sms dia kebetulan aku lum top-up lagi. Lagipun aku tak tau camner nak balas kat dia. Aku tak tau apa nak cakap kat dia. Aku jadi bingung sekejab. Aku takut tersalah cakap dengan abang aku tu.

Susah2 abang nak masuk kerja nie tetiba dia susah lak nak disahkan jawatan. Aku tak sangka masih lagi ada orang yang tersangat prejudis dengan bekas penagih. Aku ingatkan zaman pandang serong kat bekas penagih nie dah takde. Ahh...sedih tul aku dibuatnya. Kesian Abang..baru jer nak perbetulkan hidup datang pulak dugaan macam nie.

Abang aku tua dari aku 2 tahun. Masa dia memula dapat kerja kerajaan nieh..macam2 nasihat dan semangat aku cakap kat dia. Aku soh dia buat kerja bebaik. Tinggikan tahap disiplin bila kerja nieh. Yerlah kan..umur dia dah 37 dan baru jer merasa nak bebas dari dadah.

Bila dia dapat jer kerja kat kerajaan nieh memula sekali dia gi beli keta. Akulah orang yang paling kuat bising kat dia. Sebabnya lum apa2 lagi dia dah beli keta. Lesen memandu pun takde lagi masa tu. Aku dah cakap dia kena kukuhkan kewangan dia dulu, tapi alih2 dia gi beli kereta.

Abang lak beralasan dia kata at least dia nampak ar duit dia lekat kat mana. Kira nampak ar duit dia tu pegi ke mana. Aku tetap gak bising tak setuju dengan cara dia tu. Alhamdulillah..la nie dia dah pun ada lesen dan dah boleh lak dia balik ke KL dengan kereta dia tu (la nie dia keja kat Kedah).

bersambung....

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails