Khamis, 2 April 2009

Demam..

Aku baru baik demam...eh bukan demam AF ar..nie demam yang betul2 demam tau. Tak pernah aku tergolek anjing macam nie. Sakit seluruh badan aku dibuat. Selalunya aku demam sehari dua jer. Aku baru masuk kerja semalam. Jalan pun perlahan jer. Sopan sungguh!

Dari hari Sabtu hari tu aku dah mula rasa sengal2 di bahagian tengkuk aku. Tapi aku masih boleh lagi mengikut hubby ke tempat kerja dia selepas habis kerja separuh hari. Balik rumah mertua angkut anak2 sekali pergi ke tempat kerja hubby tu.

Masa nak balik lewat petang tu kaki aku terus rasa sakit tapi aku tahankan lagi. Aku jalan perlahan2 ke kereta. Sampai ajer kat rumah...terus aku rasa bahang dan lemah2 satu badan. Aku terus bagi tau kat hubby yang aku demam. Yerlah kan kita tau badan kita macam mana kan. Hubby diam..tak berbunyi langsung. Satu hari Ahad tu aku langsung tak boleh bangun..aku tido sepanjang hari. Pun hubby tak gak kuar suara ajak pegi ke klinik. Tak katalah mintak picit kepala pun dia buat derk jer dengan aku. Agaknya hubby tension terpaksa tengok2an anak2. Mana yang nak kena mandi, nak bancuh susu..baru jer nak rileks adalak yang ter o'ok. alaa..baru sehari dah tension. Aku tiap kali dia sakit or tiap kali coti jaga dorang termasuk dia takdepun aku tension. Happy lagi ada tau.

Lewat petang Ahad tu aku sound kat hubby...dah dia tak bunyi apa2 kat aku, aku nak ke klinik esoknya. Aku rasa tak mampu nak pegi keja hari Isnin.

Hari Isnin tu pegi klinik pun doktor terkejut tengok muka aku bengkak dan mata aku merah. Suhu badan mencecah 38.5C..(dalam hati aku dah 2 hari demam pun tak turun suhu). Doktor pun bagi aku coti 2 hari untuk berehat.

Yang selama aku demam tuh upanya hubby pun kureng sihat. Hubby pun sama2 tergolek. Tak cukup dengan tu..MIL pun sama gak tergolek demam tetiba. Terasalak diri yang pembawa virus demam....huhuhu. Walaupun aku dah ok tapi lengan kanan aku sakit, tengkuk sakit, telinga sakit, muka aku lak rasa perit. Selera makan pun kureng...tekak payau jer. Tapi aku tetap tak lupa minum air putih banyak2.

p/s: aku demam rindu kat makbapak kot. heeheheh

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails