Selasa, 19 Mei 2009

Main air...




Inilah antara aktiviti hujung minggu hari tuh. Memandangkan anak2 aku termasuk si kecik tuh jam 3 petang dok buntang lagi biji mata taknak tido, aku soh (melalui si Kakak) hubby bukak kolam plestik for my anak2 bermain air. Korang taulah apa jadik bila bebudak jumpa air kan..memang siok wo. Aku rasa macam nak masuk sama jer tapi dok mikirkan kot kang pecah kolam tu..tak pepasal lak ada yang lomeh(lemas) dek mak eh. Almaklumlah kan..omak bebudak nie kan men 'slim' eh...hahaha (korang gelak ler pepuas..sedih jer aku dibuatnya).

Si kecik tuh memula bukan men takut lagi dia..hhmm tak dan 5 minit, selamba dia merangkak keliling kolam sambil2 tu tepuk air. Seronok jer aku tengok..geram pun yer gak..rasa nak join sama jer.

Macam biasalah hubby nieh...asik2 ikan bakar..tupun tak puas tuh...boleh pulak dia kata sib jer aku nie tak leh makan ikan pari..kalau tak, minggu depan (hujung minggu nieh) dia nak ikan pari lak. Aku pun konon2 nak tunjuk baik..cakaplah no prob..cari jer ar ikan pari tuh kot nak makan sangat..aku makan telur goreng pun boleh yo. Dalam hati sebenarnya..nak jer aku sound (dah sound pun) tak jelak ke asik nak makan ikan bakar jer. Tapi selamba jer orang tua kata makan ikan bakar lagi elok..tak banyak kalori..sabarjerlah aku dengar.

hah..nie ada sesapa leh tak tolong bagi tau aku or ajarkan aku camner nak buat air asam buat cecah ikan bakar tu jadik sedap. Hubby cakap aku buat ada masa 'ter'masin n kadang tu 'ter'masam. Camner tu? Kot lidah hubby tu yang 'slek'nya kot. Aku ok jer..asalkan leh hadam masuk perut..dah ok ar bagi aku neih.

korangnya hujung minggu ari tu best tak?? mesti best kan??
Posted by Picasa

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails