Rabu, 24 Februari 2010

Pantang Larang Orang Cina

Sempena Tahun Baru Cina nie kan, mari aku nak cerita skit pasal pantang larang dan budaya orang Cina nie.  Ampun kalau ada yang tersilap dan salah, aku pun taklah pandai sangat tapi hasil pergaulan dan berkawan dengan mereka, tak banyak skit aku tau gaklah.

Orang Cina sangatlah menjaga pantang larang diorang tapi sekarang nie dah berkurangan.  Maklumlah kan zaman dah moden la katakan.  Antara yang aku tahu la kan...

- semasa menghadiri perkahwinan mereka jangan sesekali pakai baju warna hitam..'suwey' kata mereka
- digalakkan jangan menyapu sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina, takot2 nanti tersapu benda 'ong' yang dewa kekayaan dah bagi dalam tempoh perayaan tu
- ibu mengandung tak boleh minum air kelapa..sejuk,nanti memberi kesan kepada bayi yang dikandung
- sepanjang tempoh ibu yang berpantang, kepala tak boleh kena air..yang ini aku dah lupa kenapa..kena tanya member aku balik..hehehe
- angpow hanya diberi kepada yang belum berkahwin dan juga tak boleh diberi selepas Chap Goh Mei..suwey woo
- orang yang kematian ahli keluarga tak boleh bagi angpow/hadiah kepada bakal pengantin.  yang nie aku rasa sebab rasa hormat dan simpati kepada ahli keluarga si mati untuk menggunakan duit angpow tersebut untuk majlis pengebumian si mati
- bakal pengantin tak digalakkan untuk berkahwin dalam bulan 'hantu'/qin min, sebabnya 'suwey' gak..tapi aku rasa sebab memperingati mereka yang dah pergi kot..[pandai2 jer aku meneka dalam kesamaran kan? hehehe] tu sebab dorang selalu jumpa feng shui untuk dapatkan hari terbaik bagi melangsungkan hari perkahwinan [tak silap aku bulan 'hantu'/qin min nie bulan July/Ogos kot..agaknyalah aku pun tak sure]
- perkahwinan yang mempunyai sama nama keluarga jugak tak digalakkan, takut kot bersaudara..contohnya ar kan perempuan nama Wong Ling Ling dan Wong Ah Chai.

Aku rasa nie jerlah dulu yer..nanti aku cuba tanya kengkawan aku yang berbangsa Cina, apa lagi yang pantang larang dan adat resam budaya mereka.

hah..lepas nie nanti aku korek2 lak info pasal pantang larang orang India n adat resam budaya mereka.

4 ulasan :

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. sebenarnya hanya hari pertama perayaan saja tidak bleh guna penyapu bukan sepanjang

    BalasPadam
  3. chap goh mei menandakan hari terakhir tahun baru cina. maka ang pow tidak diberikan selepas itu....bukan pasal suoi atau ong ya

    BalasPadam
  4. Qin min bulan adalah pada bulan april bukan ogos

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails