Dunia penuh dengan corak dan warna warni kehidupan maka terpulanglah untuk kita membuat corak dan warna yang kita ingini, usah dikesali dengan corak dan warna yang dipilih tapi pelajarilah untuk memperbaikinya.
Selasa, 28 Julai 2009
Lidya Camelia-3 tahun
Hari ini 3 tahun dulu...jam 8:54 pagi tak sampai sejam aku kat labor room pun, lahir seorang bayi perempuan yang beratnya 3.45kg. Sehingga dia hampir berumur 12 hari barulah dinamakan sebagai Lidya Camelia..keletah dia..kerenah dia..lesung pipit di pipi kanan. diam tak diam dah pun 3 tahun...dah ada adik pun..hehehehe
Berkongsi hari lahir dengan bos aku budak sorang nieh..korang jangan tanya ar apa bos aku bagi..sebab aku pun tak bagi bos aku apa2..ahahahaha. Budak yang dipanggil 'jerman' dek ahli keluarga yang kerna di awal umur 2 tahun pun kami masih tak dapat nak paham setiap butir ayat yang diluahkan. Aku paham stakat dia nak susu jer..len..len tu aku men agak jer heheehehe..
Moga2 anak mak sorang nie jadi anak yang baiiiikkk..yang soleh..yang berbudi bahasa..yang menghormati orang tua...eceeehh..yerlah kan takkanlah maknya nak anak jadi jahat lak kan? huhu..
Tak lupa gak selamat hari lahir to my sis..Alang dan tak lupa gak Abang nun yang dok kat Kedah..korang pun Angah doakan dimurahkan rezeki dan panjang umur sihat sejahtera hendaknyaaa...amiin..
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan