Jumaat, 5 Ogos 2005

Apa2 aje..

Hari nie aku gi kuar lunch sebab selalunya aku tak kuar pun. Aku dah berwajah baru. Tapi nak ikutkan style rambut nie sama macam masa aku mengandung. Senang sikit aku nak urus. Nasib baik bos aku tak carik or call handphone. Alaa..bukan selalu pun..inilah first time aku rehat lelama. Murah jer..RM18 (termasuk cuci and potong). Next month nak pegi lagi lar. Sedap rasa kena urut. Asik sendawa jerk aku nie.

Ayang (hubby) lak call aku cakap dia mc hari nie. Dia cakap dia tak cukup tido malam tadi sebab tu hari nie dia rasa macam diawangan jerk. Yerlah tu..akai nak mc cakap jerlah...hehehehe..

Anyway, i nak berterima kasih kat Azima di atas penghantaran bungkusan pijama Julia. Budimu ku kenang. Baju tu belum tentu aku boleh buat untuk Julia. Insya Allah giliran aku pulak menghantar something untuk Danial. Aku sedang memikirkan apa yang sesuai nak dihantar nie. Tak aku sangka perkenalan di alam ciber (blog) nie (tak pernah jumpa muka langsung) boleh berjumpa orang yang ikhlas menghulur persahabatan sebegini sekali. Terima kasih sekali lagi yer Azima.

Lagi satu, pc aku dah kena serang dek virus dah. Aku takde pilihan, terpaksa format pc nie, tambahan pulak aku agak sibuk di awal bulan nie. Hari Isnin nie aku akan bercuti. Hubby pun coti sama. Nak pegi ke mana ek? Ntahler, takkan nak main bowling lagi kot. Mungkin aku ke rumah adik sepupu aku kot. Dah lama tak jumpa dia. Rindu pulak nak tengok anak dia si Fakri tu. Tapi tengoklah kot hubby bagi. Hubby nie susah skit nak diajak. Asyik nak dok umah jer. Bosan aku. Takper hikmat cakar harimau ada, aku akan guna sepenuhnya utk memujuk dia...heheheheeh..

Okaylah..jab lagi aku nak bercerita pasal kewangan lak. Petua nie aku peroleh dari internet dan majalah2 yang aku baca. Sebab aku ada sorang kawan yang merungut kat aku setiap bulan dia susah nak simpan duit. RM10 pun susah katanya. Harapnya dengan petua2 yang aku bagi nanti dia boleh praktikkan.

Selamat Berhujung Minggu..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails