Selasa, 29 Jun 2010

Funfair di Taipan Senawang



Minggu lepas dengan tak sengaja kami telah melalui Taipan Senawang.  Terlupa pulak kami tentang adanya 'funfair' yang di situ semenjak cuti sekolah.  Anak2 aku terutama si Lidya bila nampak dah seronok jer siap jerit2 keseronokan ingat kami nak pegi.  Bila dia sekadar melihat semata2, makanya terjadilah drama airmata yang payah untuk kami kata tidak.  Memandangkan hari dah terlalu lewat tambahan pulak $$ adalah kureng, kami buat keputusan untuk bolayan permintaan anak2 untuk pergi ke situ.  [Yang sebenarnya kami sedang menghukum kakak yang buat perangai meraung2 taknak ke sekolah.] 

Sedih jugak tengok rayuan Lidya sambil tersengut2 minta kami berhenti dan singgah di situ.  Tapi kami pujuk dia bahawa kami akan bawa di lain hari.

Bila dah sampai harinya...iaitu malam minggu hari tu, maka terloncatlah kegembiraan anak2 kami.  Tapi kami pulak yang tertunduk kesedihan [maunya tak weih..terbang lebih 50hinggit untuk main permainan sahaja].  Walaubagaimana pun, apa lah sangat duit yang terbang dibandingkan kegembiraan melihat keceriaan wajah anak2 kami. ewaahh.terfeeling emo la pulekss..huuhuhu


excited woo..terlompat2 masing2 tak nak dipegang dek makpak ..




gembira sungguh dua beradik nie naik benda alah ..takut aku tengok macam nak terpelanting jer dorang naik benda nie..heheehe










gambar kureng memuaskan sebab dok pakai hp cokia jer..kamera dah rosak ..huhuhu












pandangan dari atas...masing2 punyala takut..termasuk aku..hahaha tah bila masa tah aku tetiba jer rasa gayat naik benda alah nie [sorry tak tau nak panggil apa..nak kata merry go round bukan..]










Budak sorang nie jerlah sorang2 helicopter dia kat bawah..yang lain dah ke ataih dah..tersengguk2 heli tu dia buat..kkekeke






fuuuhh..sib baik ada ride yang boleh 3 orang naik..satu token 2hinggit ..ada ride yang kena 2token..ada jugak 1token jer.






Sangatlah seronok mereka..siap pesan tu kang nak balik jangan nak nangih2..pergghh..sib baik semuanya dengar kata.  Hahh..bagus next time mak ayah no hal nak bawak korang lagi.  Lepas puas dorang di funfair nie aku ajak gi bungkus kat Mcdonald sebelah lak.  Sementara hubby gi beli aku bawak dorang main2 kat tempat mainan untuk kanak2.  Ada insiden sorang budak lelaki jari dia terkepit kat pintu tempat mainan tu.  Cepat2 aku tarik pintu tapi budak tu tak pulak dia melalak kesakitan.  Sekejab jer dia dok mengibas jari dia yang sakit pehtu sambung balik main.

Itulah citer aku dihujung minggu hari tu.  Hujung minggu nie tak taulah camner lak.  Harap2 yang terbaik gak..wish the same for korang gak.





5 ulasan :

  1. hani...rasanya dah lapa tak ke Funfair ...dulu kecik2 ade lah jugak...sekarang dah malas dah nak bersesak2 dlm tu...

    Agaknya akak pun akan jadi gayat naik benda tu...sebab dah lama tak naik...

    BalasPadam
  2. kak anie, mang sajer pegi time dah abih coti skolah kot tak, mang sesak ler jwbnya..

    sajer nak perabihkan duit and nak gembirakan anak2..

    BalasPadam
  3. seronok ler kalau dah family...macam aku nie dok gelak sowg2....tak siapa kisah...apa pun tak kisah...(ciplak dari lagu...tak tahu pula siapa yang nyanyi....)

    BalasPadam
  4. Hi Idahani, your mentioned of Taiping, Senawang brings back memories to me.
    I have always loved Taiping, its Lake gardens and of course Maxwell hill.
    Not to mention the food there too.
    I remember on the main street, there was a big tree where lots of food stalls, and the poh pia there was out of this World.

    I remember Senawang Industrial estate....with the factories there.
    And Port Weld for the charcoal.
    Enjoyed looking at your pics of your kids having fun....fun fairs always good fun for children, parents too.
    Have a great week, Idahani, Lee.

    BalasPadam
  5. ->nasylo
    bro, leks ar beb..ada hikmahnya tu..insya Allah, kalo ada jodoh x ke mananya der..

    ->uncle lee
    dear uncle lee, i pun penah pegi taiping sebab my late great-grandmother dok kat kg.jambu, dekat betul dengan kubur..seraaamm..hehehe
    i pun enjoy tengok anak2 seronok kat funfair tu.

    u too have a great week ya uncle..ida

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails